Monday 21 April 2014

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Program 'Jom Baca Bersama 10 Minit' 
akan dijalankan pada 22 April 2014
 pada pukul 10.00 - 10.10 pagi 
secara serentak seluruh negara.  

Thursday 10 April 2014

Johan Pertandingan Bercerita Kisah Dari Al-Quran Peringkat Sekolah-sekolah Sibu, 10 April 2014

Tahniah diucapkan kepada adik  

Izzuani bt Ideris
 kerana telah menjadi
 Johan Pertandingan Bercerita Kisah Dari Al-Quran Peringkat Sibu
pada 10 April 2014
 dan akan mewakili Sibu  untuk ke pertandingan 
MTQ 2014 Peringkat Sarawak.






Sorotan Peristiwa

Pada 9 April 2014, telah berlangsungnya pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) 2014 peringkat Sibu bertempat di SK Abang Ali, Sibu.

Seramai 5 peserta telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pelbagai jenis pertandingan.
Kelima-lima peserta yang mewakili sekolah adalah seperti berikut :


1.   Mohd Aniq Shamim           -  Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki
2.   Nor Fazira bt Sahrin           -  Tilawah Al-Quran Kategori Perempuan
3.   Khairun Zharifah Affindie  -  Hafazan Al-Quran Kategori Perempuan
4.   Mohd Hanif bin Jolis          -  Bercerita Kisah Dari Al-Quran Kategori Lelaki
5.   Izzuani bt Ideris              -  Bercerita Kisah Dari Al-Quran Kategori Perempuan


Persaingan bagi kelima-lima acara tersebut adalah begitu sengit di mana banyak sekolah telah
menghantar wakil bagi mewakili sekolah masing-masing.


Pada 10 April 2014, majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB. Timbalan Pengarah PPD Sibu, Pn. Selmah bt Chali

Hari Permuafakatan

Hari Permuafakatan akan diadakan pada Sabtu, 12 April 2014.

Ibubapa dijemput hadir bagi membincangkan tentang perkara 
berkaitan pelajaran anak-anak masing-masing.


Terima kasih.