Profile Sekolah

1. Pengenalan
2. Sejarah sekolah
3. Objektif sekolah
4.Logo Sekolah
5. Visi Sekolah
6. Moto Sekolah
7. Misi Sekolah

9. Falsafah Sekolah
10. Pengurusan Sekolah
11. Aliran yang ditawarkan Sekolah
12. Aktiviti Kokurikulum


1. Pengenalan



Sekolah Kebangsaan Saint Mary Sibu, Sarawak ialah sebuah sekolah kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1954. Fungsi utama sekolah ini ialah untuk memberi pendidikan peringakat rendah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Di akhir tahun persekolahan iaitu pada tahun enam, murid-murid akan menduduki peperiksaan UPSR yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

sekolah ini terletak di Jalan Awang Ramli Amit yang dahulunya dikenali sebagai Race Course Road. Murid-murid sekolah ini datang dari beberapa kawasan terdekat seperti dari Jalan Orkid, Jalan cicular, Jalan perpaduan, Kampung Nangka, Isau lane, Palm Road, Jalan Ria dan Rubber Road. Murid-murid ini datang dari pelbagai latarbelakang dan juga sosio-ekonomi seperti anak-anak buruh, anak-anak guru dan kakitangan kerajaan, anak-anak tentera, anak-anak yang bapanya bekerja sendiri, anak-anak pekerja swasta dan juga anak-anak yatim.

Berdasarkan daripada maklumat di atas pihak pengurusan sekolah telah merangka dan menyediakan satu manual kualiti untuk memberi panduan kepada pengurus, penolong pengurus, guru-guru serta kakitangan sekolah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.


2. Sejarah Sekolah

Sekolah Rendah Bantuan Saint Mary ( nama asalnya ialah saint Mary's school) dan kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Saint Mary (SK ST.Mary) merupakan sebuah daripada sekolah campuran di antara yang tertua sekali di bandar Sibu yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Ianya ditubuhkan di sekitar awal tahun 1954 dan di daftarkan pada 17 Mac 1954. Ia terletak dijalan Awang Ramli Amit, dahulunya dikenali sebagai Race Course Road, Sibu, di belakang perkarangan Gereja Saint Mary dan Konven Saint Mary (rumah Rahib).

Sekolah ini telah ditubuhkan oleh Pertubuhan Mision Roman Katholik, Rev Fr. Adrian de Vos, beliau berasal dari Netherlands dan berkelulusan Secondary School Gymnasium, Philosophy Theology di Netherlands. Beliau telah didaftar  sebagai guru pada 4 jun 1946 di kuching, Sarawak. Pada 12 April 1950, beliau berkhidmat di SRB Saint Mary, Sibu pada 12 februari 1954 sehingga 17 Mac 1954. Selepas itu beliau menjadi penyelia Sekolah SRB Saint Mary sehingga 11 Mei 1955.

SRB Saint Mary adalah sebuah sekolah yang dinamakan sempena seorang Saint iaitu orang yang suci serta taat mengerjakan suruhan tuhan. Saint atau wali yang telah dipilih ialah Santa Maria atau Saint Mary.Pada lazimnya SRB Saint Mary sepatutnya merupakan sekolah untuk pelajar perempuan sahaja seperti sekolah-sekolah katholik lain yang mengambil nama sempena wali atau saint perempuan. Memandangkan sekolah ini perlu memenuhi kehendak masyarakat setempat maka ia dijadikan campuran iaitu untuk murid lelaki dan perempuan.


Bangunan lama SK St Mary.

Di awal penubuhannya, SRB Saint Mary hanya mempunyai 3 buah bilik darjah untuk menempatkan tahun 1 hingga tahun 3. Tiga tahun kemudian tiga buah bilik dibina untuk menambahkan bilangan bilik darjah menjadikan SRB Saint Mary sebuah blok bangunan berkayu. Ianya disusuli dengan pembinaan sebuah bilik untuk dijadikan bilik guru.

Pada tahun 1956, sister Theophane telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar dan menpunyai enam tenaga pengajar sehingga pada tahun 1968. Pada tahun 1969, Rev sister Ignatia telah dilantik sebagai Guru Besar baru sekolah ini sehingga beliau bersara dalam tahun 1995. sepangjang tempoh 26 tahun beliau memegang teraju SRB Saint Mary, pelbagai perubahan telah berlaku. Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1977 dengan Rev Fr.Thomas Thaam sebagai pengerusi yang pertama. Pada tahun 1991 beliau diganti oleh Rev.Bishop Dominic su sehingga sekarang.

Bangunan asal sekolah ini masih digunakan sebagai kelas tahun 1 hingga kelas tahun 6. Dua buah bilik tambahan telah dibina pada tahun 1985 untuk bilik Agama Islam dan bilik Muzik / perpustakaan. Sebuah bilik kecil dibina sebagai bilik Guru Besar. Bangunan kantin dan gelanggang badminton juga dibina sebagai tempat perhimpunan, gerko badminton dan pelbagai aktiviti yang lain.

Murid-murid di sekolah ini adalah berbilang kaum. Kumpulan murid yang besar ialah bangsa Cina dan diikuti oleh murid-murid Melayu, Melanau, Iban dan bangsa lain.

Ekoran persaraan Rev sister Ignitia Teresa Soon, Sekolah ini telah diambil alih oleh En Jerome Harry sebagai Guru Besar. walaubagaimanapun, beliau hanya memegang SRB Saint Mary sehingga 15 November 1996. Dalam tempoh yang singkat itu, beliau turut melakukan perubahan yang ketara terutama penambahan bangunan sekolah, mewujudkan sebuah makmal sains sekolah sementara memenuhi kehendak matapelajaran tersebut di mana ulangkaji dapat dijalankan dengan selesa dan dalam suasana yang harmoni dan pengurusan sekolah lebih efisien dimana keputusan UPSR tahun 1996 meningkat ke 98.03%. Beliau juga mengutamakan kecerian sekolah dari segi hubungan kakitangan sekolah dengan murid-murid dan ibubapa, suasana dalam kawasan sekolah dan sebagainya.

 Namun begitu pada 16 Nov 1996 en Jerome Harry dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Bahagian, Bahagian Sibu. Tempat beliau sebagai Guru Besar SK St  Mary telah diambil alih oleh Cik Marganet Agnes Lee sehingga tahun 2007. Dibawah pentadbiran beliau, SK St Mary terus maju, sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi akademik.

Dari segi fizikal sekolah, sebuah bilik sumber telah dirancang dan telah diluluskan oleh Lembaga Pengurus Sekolah. Mulai tahun 1997, beberapa kemudahan disediakn seperti membesarkan ruang bilik guru dan dua buah bilik serbaguna yang digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan TV, Komputer School Net dan sebagainya. Bagi bahagian kerani pula yang sebelum ini terpaksa berkongsi dengan bilik guru, telah disediakansebuah bilik yang kini dikenali sebagai pejabat am.

Dari segi akademik, pencapain kelulusan telah meningkat dari 98.03% kepada 100% pada tahun 1998. Pada tahun 1998 Sk St.Mary sekali lagi mencapai kelulusan dalam UPSR dan telah muncul sebagai sekolah kebangsaan yang ketiga terbaik, tetapi sekolah yang pertama terbaik di Negeri Sarawak. Pada tahun 2000, Sk St Mary juga telah di anugerahkan sebagai Sekolah Rendah Terbaik di Sarawak oleh ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Hj Abdul Taib Bin Mahmud.

Tanggal 16 Nov 2007, En Beruin Luang telah dilantik menjadi Guru Besar di Sk St Mary sehingga tahun 2011. Seperti sebelumnya , En Beruin Luang masih meneruskan budaya kecemerlangan sekolah dengan memastikan murid mendapat pendidikan yang terbaik dari segi kurikulum dan kokurikulum dan terserlah melaui keputusan UPSR yang sentiasa cemerlang.Sekolah kini ditadbir oleh seorang Guru Besar yang sangat berwibawa iaitu Puan Alice Ong.


3.Objektif Sekolah


  1. Mewujudkan sebuah sekolah yang baru dengan suasana yang menarik, konduksif dan selamat untuk membolehkan ahli keluarga SRB St.Mary mencapai pencapaian maksimum dalam akadeimik dan ko-kurikulum.
  1. Melahirkan pelajar yang bersikap positif, berkhidmat, berkongsi dan perpaduan seta kreatif dan cinta kepada ilmu pengetahuan. Memupuk guru yang berdedikasi, rela berkhidmat, bersedia menerima idea dan teknologi baru bagi mewujudkan peluang untuk mencapai pencapaian yang maksimum.

4. Logo Sekolah




  • Warna biru merupakan warna sekolah ini. Biru tua menjadi pilihan keranan ia melambangkan perpaduan, interaksi, harmoni dan kerjasama di kalangan pelajar-pelajarnya dan pendidik-pendidikna, tidak kira bangsa dan agama.
  • Motif jantung yang berwarna putih menunjukkan kasih sayang, kesucian dan semua nilai-nilai positif yang akan disemaikan kepada setiap pelajar.

6. Visi Sekolah

     "Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"
 
7. Misi Sekolah
     
      Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu
      bagi memenuhi aspirasi negara



    Kami warga Sekolah Kebangsaan St Mary Sibu dengan penuh tekad dan iktizam berikrar dan   
    berjanji untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:
  • Menjalankan sistem pengurusan dan Pendidikan berkualiti ke arah kecemerlangan.
  • Menyemaikan semangat dedikasi dan bertanggungjawab, semangat untuk berkhidmat dan berkongsi serta rasa cinta kepada sekolah dan negara.
  • Sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru, masyarakat dan negara.
  • Menggalakkan persefahaman, keharmonian dan saling menghormati, di kalangan staf dan pelajar yang berlainan latar belakang dari segi etnik, agama, dan budaya.
  • Mempertahankan nilai keagamaan dan kerohanian serta menggalakan pembentukan kerohanian para pelajar dan guru.